Malaysia baru memulakan Kajian Semula Persempadanan Pilihan Raya 13 tahun selepas kajian yang terakhir. Kajian ini menitikberatkan komposisi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Malaysia. Lebih penting, ia akan menentukan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 dan kerajaan yang akan memerintah.
Kami di Tindak Malaysia telah bersedia untuk acara amat besar ini melalui pendidikan, peta dan analisa statistik. Kami hendak memastikan bahawa semua rakyat Malaysia mendapat perwakilan yang bebas dan adil. Oleh yang demikian, pengagihan pengundi untuk membentuk sempadan pilihan raya yang seimbang adalah amat penting.
Hanya 100 pembantah diperlukan untuk mempengaruhi hasil kajian persempadanan semula. Walaupun kami kini dalam Peringkat 1 dalam kajian ini (sehingga 14 Oktober 2016), kami hendak menggerakkan anda dan pemilih lain sekarang juga. Ada dua peringkat lagi yang akan berturut:
(Melayari laman Soalan Lazim kami untuk keterangan lanjut)
Peringkat 1 : Surat kepada SPR
Langkah 1 : Arahan Menghantar Surat Penyediaan menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Langkah 2 : Mengisi maklumat dalam Surat Permohonan Maklumat kepada SPR
Langkah 3 : Mengisi maklumat dalam Surat Keterangan Borang Membantah daripada SPR
Langkah 4 : Mengenal pasti Alamat Pejabat SPR untuk semua Negeri (diperlukan untuk surat tersebut)
Langkah 5 : Mengenal pasti Tempat Pemeriksaan cadangan Kajian Semula Persempadanan (diperlukan untuk surat tersebut)
Peringkat 2 : Mengumpulkan Pembantah dan bersediakan Surat Bantahan
Langkah 1 : Membaca Garispandu menyediakan 100+ pembantah
Langkah 2 : Muat turun Borang 1 (Butir-butir pembantah dan 3 jurucakap untuk kumpulan) & Borang 1B (Butir-butir Pembantah Tambahan)
Langkah 3 : Isikan Borang 1 dan Borang 1B dengan butir-butir pemilih yang berdaftar dan pastikan butir-butir mereka dengan pendaftaran SPR (http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/)
Langkah 4 : Muat turun Borang 2 dan mengikuti arahan dalam Garispandu Garispandu Mengumpulkan Pembantah Persempadanan
Langkah 5 : Kumpulkan semua dokumen (Borang 1, 1B and 2) dan sediakan untuk penyerahan
Langkah 6 : Jika anda bermastautin di luar Negara dan ada soalan tentang persempadanan Negeri tertentu, sila hubungi Penyelaras Negeri di sini.
Peringkat 3 : Persediaan & Serahan Bantahan
Langkah 1 : Sediakan tandatangan Pembantah mengikuti Garispandu Mengumpulkan Pembantah Persempadanan
Langkah 2 : Muat turun Borang 0 dan isikan ruang kosong dengan maklumat berkenaan
Langkah 3 : Mengubahkan bahagian akhir Butir-butir Bantahan mengikuti keadaan tempatan. Jika tiada isu berkenaan, batalkan bahagian ini
Langkah 4 : Dapatkan Lampiran daripada pihak Tindak Malaysia dan tukarkan segala butir-butir tempatan mengikuti DUN, PAR & Negeri sendiri
Langkah 5 : Kumpulkan Bantahan mengikuti – Borang 0 + Borang 1 + Borang 1a + Borang 2 + Lampiran
Langkah 6 : Salinkan Bantahan, membawa asal dan salinan ke SPR, serahkan yang asal dan mendapatkan cop tarikh pada salinan anda.
Langkah 7 : Simpan salinan Bantahan berjaga-jaga dengan salinan Permohonan Maklumat & Keterangan dan bersedia untuk siasatan nanti.
Ada soalan lain? Sila melayari Laman FB Kami dan ahli kumpulan kami akan membantu