Persempadanan untuk Sarawak (DIPERBAHARUI)
KANDUNGNAN LAMAN SESAWANG TELAH DIPERBAHARUI PADA 15 MAC 2024. KANDUNGAN SEKARANG MENCERMINKAN CADANGAN KEDUA KAMI SELEPAS MENDAPAT MAKLUM BALAS
NOTIS PEMBETULAN
16/03/2024- Pembetulan untuk kedudukan Daerah Pantu dan Lingga dibuat, Sempadan Majlis Perbandaran Padawan dikemaskini dan Fail CSV mengenai Senarai Daerah dan Pengagihannya untuk Cadangan Kedua ditukar
2/11/2024 – Pembetulan untuk sempadan Daerah Kapit telah dibuat. Fail CSV tidak mengalami apa-apa pembetulan
Objektif
Seksyen khas dibina untuk memenuhi beberapa objektif
- Menunjukkan satu jalan utama untuk pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membina kawasan pilihan raya yang seimbang, representatif dan mudah diakses oleh pengundi
- Menunjukkan satu contoh untuk SPR untuk menunjukkan kesan draf persempadanan mereka untuk pengundi, pihak berkuasa tempatan dan kerajaan melalui proses yang efektif dan memenuhi keperluan Jadual Ketiga Belas dalam Perlembagaan Malaysia
- Menonjolkan kepada semua pihak bahawa salah satu asas persempadanan untuk Sarawak – daerah mengundi – telah menyebabkan persempadanan pada tahun 2015 mencanggah hampir semua prinsip Jadual Ketiga Belas
Kerja ini dibuat oleh Tindak Malaysia (2023, diperbaharui pada tahun 2024) dan menggunakan data dari SPR
Kriteria
- Seberapa boleh, semua kawasan pilihan raya (peringkat DUN dan Parlimen) mempunyai bilangan pengundi dalam lingkungan +/-20% daripada Purata Saiz DUN dan Parlimen untuk Negeri Sarawak
- Seberapa boleh, setiap DUN berada dalam satu daerah/satu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selagi prinsip keseimbangan pengundi tercapai. Seberapa boleh, setiap kawasan Parlimen berada dalam satu bahagian sahaja. Fokus keseimbangan tertumpu pada peringkat DUN
- Satu andaian dibuat di mana setiap daerah mengundi mempunyai satu pusat mengundi di dalamnya
- Menunjukkan maklumat secara efektif untuk bakal – bakal pengundi, PBT dan kerajaan negeri untuk memberi representasi untuk SPR. Seberapa boleh, merealisasikan garis panduan (Annexure A) Badan Peguam Malaysia 2016-17
Jurang Bilangan Pemilih untuk DUN (yang seimbang): 18 9 57 – 28 435
Jurang Bilangan Pemilih untuk Parlimen (yang seimbang): 50144 – 75216
Pengagihan (anggaran) 82 kerusi DUN untuk setiap Bahagian Sarawak boleh dilihat melalui PDF ini (menggunakan sistem Electoral Redistricting App)
Fokus keseimbangan tertumpu kepada saiz bilangan pemilih untuk setiap DUN (+/-20% daripada Purata Saiz DUN). Kekangan untuk kriteria (seksyen bawah) perlu dibaca
Kekangan
- Sarawak tidak mematuhi prinsip pergandaan untuk saiz DUN (Bilangan kerusi DUN adalah sama atau pergandaan daripada bilangan kerusi Parlimen). Sarawak mempunyai 31 kawasan parlimen dan 82 kawasan DUN. Oleh itu, SPR hanya boleh seimbangkan semua kawasan DUN atau kawasan Parlimen.
- SPR telah membina beberapa daerah mengundi mempunyai bilangan pengundi untuk mencukupi untuk membina satu DUN atau satu Parlimen. Mana – mana kawasan pilihan raya yang mempunyai daerah mengundi besar akan mempunyai lebihan pengundi. Ini mengekang pihak Tindak Malaysia untuk seimbangkan semua DUN di Sarawak (2 kawasan DUN terlalu ramai pengundi dan 4 kawasan DUN terlalu kurang pengundi)
- Kekurangan sistem jalanraya dan hubungan antara bahagian-bahagian pentadbiran Sarawak. Walaupun bahagian – bahagian seperti Mukah dan Sarikei adalah bersebelahan, terdapat sistem komunikasi fizikal amat terhad. Ini mengekang Tindak Malaysia untuk mengurangkan jurang pengundi antara kawasan Parlimen
Catatan
SPR boleh sambung dengan pengeluaran maklumat sebagai PDF (untuk Senarai Daerah Mengundi dan bilangan Pengundi, Peta Cadangan dan Draf Cadangan terperinci). Laman web ini menunjukkan satu cara tambahan untuk pertimbangan pihak SPR
Kajian Pertama: Keseimbangan kawasan Pilihan Raya (Sedia Ada dan Cadangan)
Aplikasi peta ini menunjukkan perbandingan isu keseimbangan bilangan pengundi antara kawasan Pilihan Raya untuk sempadan Sedia Ada (Kiri) dan Cadangan (Kanan). Sila ‘zoom’ dan klik mana – mana kawasan pilihan raya
Setiap kawasan pilihan raya (fokus pada DUN) sama ada warna biru muda atau oren adalah kawasan pilihan raya yang menghormati prinsip Satu Rakyat Satu Undi Satu Nilai (1RUN)
Untuk paparan terbaik, sila klik pautan ini
Kajian Kedua: Memelihara hubungan tempatan dan Kecukupan pusat mengundi (Cadangan)
Aplikasi peta ini untuk menunjukkan bagaimana cadangan kawasan DUN dan Parlimen menghormati sempadan daerah, daerah kecil, Bahagian dan Pihak Berkuasa Tempatan. Tambahan pula, semua sekolah rendah dan menengah kerajaan untuk negeri Sarawak ditunjukkan untuk memberi gambaran sama ada infrastruktur mencukupi untuk pusat mengundi
Sila ‘zoom’ dan klik aplikasi peta. Anda perlu mengkaji sama ada cadangan kami menghormati hubungan tempatan dan mempunyai pusat pengundian mencukupi. Untuk seksyen ‘layers’, anda boleh membuka atau menutup satu atau lebih lapisan data mengikut kesesuian anda
Untuk paparan terbaik, sila klik pautan ini
DATA (CADANGAN KEDUA TINDAK MALAYSIA – MAC 2024)
- Senarai Daerah Mengundi dan Pengagihan untuk kawasan Pilihan Raya sedia ada dan cadangan KEDUA v16032024
- Senarai Cadangan KEDUA untuk DUN Sarawak
- Senarai Cadangan KEDUA Parlimen Sarawak
DATA (CADANGAN PERTAMA TINDAK MALAYSIA – NOVEMBER 2023)
Pembantah/Penyokong
Jika anda berhasrat untuk menjadi pengundi yang bergiat aktif dan mahu membantu SPR untuk membuat kawasan pilihan raya terbaik, jadilah pembantah atau penyokong untuk persempadanan
Sila isikan borang sini – https://forms.gle/d2eA2uEUWp8fYqWV6
ANDA AKAN DIHUBUNGI SEKURANG-KURANGNYA SEBULAN DARI TARIKH PENDAFTARAN ANDA SEBAGAI PEMOHON PEMBANTAH
Cadangan untuk memperkasakan sempadan pilihan raya Tindak Malaysia perlu diemel kepada info@tindakmalaysia.com