Free WordPress Templates

Peta Pilihan Raya Malaysia Elektronik (BM)

 

ENG | BM 

Tindak Malaysia berhasrat untuk membolehkan rakyat memahami ciri ciri pilihan raya Malaysia dan proses pensempadanan. Kami telah berjaya mempersembahkan Peta Pilihanraya Malaysia secara online dengan kemahiran GIS di kalangan ahli kami. Kita rasa portal ini mungkin portal pertama di Malaysia mempunyai maklumat pilihan raya yang terperinci.

**Oleh sebab saiz pengajian pilihan raya Malaysia masih kecil dan kekurangan maklumat pilihan raya awam, analisa dan peta Tindak Malaysia telah dibuat mungkin serupa dengan badan badan lain. Mana mana aplikasi sedia ada yang hampir sama dengan aplikasi Tindak Malaysia adalah situasi kebetulan. Kebenaran diperlukan untuk mendapatkan maklumat sempadan dan membina aplikasi hampir serupa (mengenai perubahan sempadan pilihan raya Malaysia). Kita mengiktiraf kerja kerja sukarelawaan yang menyumbang kepada program pemetaan Tindak Malaysia sejak 2013

Untuk Laman Web Pilihan Raya Melaka, sila ikut pautan ini

Untuk Laman Web Pilihan Raya Johor, sila ikut pautan ini

Untuk Peta-Peta DUN, sila ikut pautan ini

Peta Situasi Politik 2023 – Sekarang

Di bawah sini, Peta Pilihan Raya menunjukkan senarai nama Ahli Parlimen/ADUN dan kawasan pilihan raya yang dimenangi oleh pelbagai pakatan politk. Peta dinamik selalu dikemaskinikan apabila perubahan parti untuk kawasan parlimen/ADUN berlaku (seperti kematian, ahli Parlimen/ADUN hilang kelayakan, peralihan gabungan parti). Untuk penglihatan optimum untuk peta Parlimen, sila lawat pautan ini

Untuk peta DUN, sila melawat laman web ini

Kita mengiktiraf sumber utama untuk aplikasi ini: SPR Malaysia, Parlimen Malaysia, Tindak Malaysia (untuk DUN, SPR Malaysia, pautan laman DUN, Pejabat Daerah dan Tanah (bagi Perak), Tindak Malaysia)

Sampel Peta Situasi Politik peringkat DUN (di bawah)

Ke Atas

Peta Parlimen dan DUN Malaysia sejak tahun 2019

Semak peta di bawah atau melalui pautan untuk mendapatkan gambaran umum sempadan pilihan raya DUN dan Kerusi Parlimen Malaysia sejak 2019. Peta ini sesuai untuk semakan pantas dan bukan untuk pengenalan tepat lokasi mengundi anda.

Kami mengakui sumber berikut untuk peta: SPR Malaysia (2018 dan 2019)

Ke Atas

Peta Situasi Politik 2018 – 2023

Di bawah sini, Peta Pilihan Raya lama menunjukkan senarai nama Ahli Parlimen dan kawasan parlimen setiap ahli Parlimen mewakili. Peta ini menjadi usang selepas parlimen ke-14 telah dibubar pada bulan Oktober 2022

Kita mengiktiraf sumber utama untuk aplikasi ini: SPR Malaysia, Parlimen Malaysia, PKR

Ke Atas

Kesan Pelaksanaan Undi18

Mulai 16 Januari 2022, SPR akan menambah pemilih baharu secara automatik ke dalam daftar pemilih (untuk semua rakyat Malaysia yang layak berumur 18 tahun) pada 16 hari bulan setiap bulan. Pada 15 Disember 2021, Rang Undang-undang berkaitan Pendaftaran Pemilih Automatik dan Pendaftaran Rakyat Malaysia yang layak berumur 18 hingga 21telah berkuat kuasa. Pada Januari 2022, dianggarkan 5.6 juta pemilih baharu (Malaysia 18 dan ke atas) telah ditambah dalam senarai. Di bawah ini adalah visualisasi (dalam Bahasa Inggeris) yang menunjukkan penambahan pengundi baru mengikut kerusi parlimen dan pertumbuhan populasi pengundi yang berkembang dari 2016.

Kita mengiktiraf sumber utama untuk aplikasi ini: SPR Malaysia, PKR, Pra Pendaftaran Automatik (for statistik Suku Kedua 2021 sahaja), Wikipedia, Tindak Malaysia

Visualisasi harus digunakan sebagai panduan sahaja kerana saiz pengundi 2022 adalah anggaran sahaja

Saiz pengundi kerusi parlimen Sabah (2016 – 2019) mencerminkan belah bahagi daerah mengundi pada tahun 2016. Saiz pengundi bagi kerusi parlimen Sabah (2020 – sekarang) mencerminkan sempadan yang selaras dengan persempadanan semula 2019. Lahad Datu sebelum ini dikenali sebagai Silam sebelum Pilihan Raya Negeri Sabah

Pautan visualisasi boleh dilihat (untuk pengalaman  yang lebih baik) melalui pautan ini

Ke Atas

Ketidakseimbangan Saiz Kawasan Pilihan Raya dan Ekonomi

Adakah terdapat hubungan antara saiz bilangan penduduk kawasan pilihan raya, tahap Pembandaran dan indikator ekonomi terpilih?

Kita mengiktiraf sumber utama untuk aplikasi ini: SPR Malaysia, Jabatan Statisik, Malaysia (DOSM) (2022), Tindak Malaysia

Pautan visualisasi boleh dilihat (untuk pengalaman  yang lebih baik) melalui pautan ini


Ke Atas

Peta Demografi Politik bagi PRU14

Kita telah menggunakan Tableau Public untuk menunjukkan ciri ciri demografi pengundi Malaysia menjelang PRU14. Peta aplikasi menggunakan pensempadanan terbaru dan maklumat aplikasi ditulis dalam Bahasa Malaysia (untuk penggunaan seluruh negara).

Arahan Utama

  1. Pilih salah satu peta (Etnik Pengundi Malaysia, Pengundi Belia Malaysia,Pengundi Awal Malaysia) melalui pautan di atas aplikasi tersebut
  2. Gunakanlah tetikus komputer dan letakkan di atas mana-mana kerusi parlimen. Sila tunggu untuk maklumat parlimen dikeluarkan. Maklumat seperti kaum, saiz belia dan pengundi awal boleh dikaji
  3. Guna Kanta pembesar di sebelah kiri peta untuk menulis bandar anda menetap atau kawasan kamu mahu mengkaji. Aplikasi akan memberi fokus kepada kawasan tersebut untuk kamu mengkaji dengan teliti
  4. Simbol dan makna warna dalam carta pai boleh didapati dalam pautan Pecahan Etnik

Untuk melihat aplikasi ini dalam pautan lain, sila klik di sini

Ke Atas

Membandingkan Sempadan Pilihan Raya PRU13 Dengan PRU14

Sempadan Pilihan Raya (bagi Semenanjung Malaysia) yang baru telah diwartakan pada hari 29 Mac 2018. Kita ingin berkongsi  satu aplikasi peta untuk kamu melihat perubahan sempadan dengan semua rakyat Malaysia. Ikut arahan di sebelah kiri aplikasi tersebut. Memahami perubahan sempadan and meneliti perubahan nama parlimen.

**Tiada perubahan sempadan untuk Sabah, Sarawak (diselesaikan pada tahun 2015) dan Labuan**

Sila klik pautan Ini untuk aplikasi interaktif

Kita mengiktiraf sumber utama untuk aplikasi ini: SPR MALAYSIA

Ke Atas

2015/17 Peta Situasi Pilihan Raya

Di bawah sini, Peta Pilihan Raya dan Demografi Malaysia telah dipaparkan. Menggunakan maklumat GIS dan demografi yang dipegang oleh Tindak Malaysia, kita telah melancarkan aplikasi peta di bawah untuk menunjukkan ciri ciri status dan demografi pilihan raya kita. Klik pada kawasan parlimen (yang diwarnai) untuk mengenali wakil rakyat anda dan demografi asas untuk kawasan parlimen.

Bahagian Kanan peta menunjukkan perubahan bilangan pengundi, kumpulan ethnik majoriti dan bilangan kerusi pilihan raya yang dipegang oleh setiap pakatan politik di Malaysia. Bahagian ini adalah dinamik dan angka berubah apabila lokasi peta diubah.

Kita mengiktiraf sumber-sumber yang digunakan untuk aplikasi di atas. Sumber : SPR Malaysia, The Malaysian Insight, Malaysiakini, Wikipedia

*Sempadan Pilihan Raya untuk aplikasi di atas hanya sah hingga 29 Mac 2018. Parlimen Penggal ke-13 telah dibubarkan pada 7 April 2018

Ke Atas

Peta Pilihan Raya Lama

Laman web (dalam Bahasa Inggeris) adalah untuk sejarah persempadanan di Malaysia. Anda boleh melihat sempada pilihan raya yang lama melalui pautan peta interaktif. Laman ini adalah sebahagian daripada kajian semasa Tindak Malaysia. Sila klik di sini

Ke Atas

Top