Kami pernah mendaftar dan melatih lebih daripada 10,000 orang rakyat Malaysia sebagai Ejen Tempat Mengundi, Ejen Mengira Undi dan Ejen Barung untuk PRU13. Mulai September 2023, kami ingin menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai gerakan Petugas kami. Jom kita belajar melalui kandungan di bawah.
PETUGAS (TERBARU)
Untuk memperbaharui SPR dengan berkesan dalam bidang Penjalanan Pilihan Raya dan Pengundian Pos, kita memerlukan pasukan Petugas SPR yang berwibawa tinggi, berintegriti dan berkecuali. Kami telah menempatkan individu masyarakat sivil sebagai Petugas SPR (KTM, KP dan lain-lain) sejak 2019. Pada 1 September 2023, kami telah melancarkan gerakan Petugas kami.
Sila lawat laman web baru Petugas melalui pautan ini
Cadangan Pembaharuan (2023) kami mengenai Program Petugas Pilihan Raya oleh SPR boleh dijumpai di sini: Final Kertas Cadangan Report
Klik pada imej di bawah untuk maklumat lanjut:
PEMERHATI (TERBARU)
Tindak Malaysia sedang membuat pengambilan bakal calon Pemerhati yang berkualiti dan berintegriti tinggi sepanjang masa. Pemerhati adalah orang yang dilantik oleh SPR untuk memerhati semua aspek untuk pilihan raya. Kita melibatkan diri dalam Program Pemerhati SPR sejak tahun 2o19.
Jika anda berhasrat untuk menjadi calon Pemerhati Tindak Malaysia, sila isikan borang di sini.
Buku Panduan untuk Pemerhati boleh ditemui melalui pautan ini (dalam Bahasa Inggeris) – Pemerhati Know-How oleh Tindak Malaysia
Pengambilan calon Pemerhati akan dibuat sekali dalam jangka satu atau dua bulan kecuali jangka berbeza sewaktu pilihan raya.
Pautan Laporan Pemerhati Tindak Malaysia: Program Pemerhati
EJEN PILIHAN RAYA (TERBARU)
Salah satu peranan pilihan raya yang memainkan peranan utama dalam pengurusan PACABA ialah Ejen Pilihan Raya (kadangkala disalah panggil sebagai ‘Wakil Calon’). Dia berkhidmat seolah-olah sebagai timbalan kepada calon pilihan raya untuk kawasan pilihan raya.
Kami, Tindak Malaysia, ingin mengumumkan pelancaran Buku Panduan Ejen Pilihan Raya (dalam Bahasa Inggeris) (2022) untuk semua bakal Ejen Pilihan Raya. Buku panduan ini adalah percuma dan boleh dimuat turun melalui pautan di bawah:
UNDI POS (TERBARU)
Dengan peningkatan bilangan individu yang dikumpulkan sebagai pengundi pos, buku percuma (dalam Bahasa Malaysia) dari Tindak Malaysia ini (dilancarkan pada 12/1/2023) membantu anda (ETM/EMU Pos dan Pemerhati Pilihan Raya) memahami pengundian pos dengan mendalam.
Penafian: Buku ini tidak menggantikan sebarang latihan atau bahan lain yang mungkin anda terima semasa latihan
Pautan untuk Buku: Buku Panduan Undi Pos
VIDEO ETM/EMU UNTUK PRU 15 (TERBARU)
Pada bula Oktober 2022, Tindak Malaysia melancarkan 36 video pendek (dalam Bahasa Malaysia) dalam siri Latihan Talian ETM/EMU. Berguna untuk pemula kepada Jurulatih ETM/EMU.
Pautan untuk Latihan Talian ETM/EMU (PACA): Latihan Talian PACA
Program Pendidikan Pengundi (Diarkibkan)
Kami telah bekerjasama dengan MyDurian TV dan Bersih 2.0 untuk menghasilkan enam buah video pendidikan pengundi. Sambutan penonton daripada media sosial yang melebihi daripada 800,000 adalah amat menggalakkan. Kami memerlukan kemahiran dan sokongan daripada orang awam untuk menyampaikan maklumat penting kepada pengundi di luar bandar ketika PRU14.
MediaRakyat “Speak Your Mind”: Tindak Malaysia
EP01 Ambiga
EP02 Patrick Teoh
EP03a Wong Fat Hong
EP03b Indelible Ink Explanation
EP04a Pengundi Hantu Intro
EP04b Pengundi Hantu Explanation
EP05a Hidden Dot Intro
EP05b Hidden Dot Explanation
EP06 Changing Room
EP07 Election Costs
EP08 0.77 Minit
EP09 Flawed Electoral System
EP10 Postal Voter
EP11 Voting Tips